Ujian itu...
UJIAN itu.. ibarat musim hujan.. kadang mendung sedang, kadang gelap. kadang gerimis, kadang hujan deras. kadang senyap hanya terdengar rintik hujan, kadang disertai petir menyambar. Tapi percayalah , semua itu pasti akan REDA. Matahari akan kembali memberi cahaya dan kau akan damainya mencium bau tanah basah lalu kau berucap .. ALHAMDULILLAH Saat aku melangkahkan kaki ku ke sini. Harapan ku cuma satu, agar aku datang dengan harapan pulang dengan kejayaan. Aku cuba untuk menutup segala kisah silam ku , bukan untuk terus meninggalkan. Tetapi untuk aku memberi ruang kepada diri ku supaya menjadi insan yang lebih baik, insan yang menberi nilai kepada masyarakat. Sudah puas aku selongkar ranjau dosa dunia, sampai satu tahap aku sudah tidak rasa apa-apa. Tiada perasaan. Tiada takut. Tiada gentar. Namun, aku manusia. Bilamana hati ku diusik, dicubit dengan sedikit lafaz kata-kata Permata. Kata-kata yang mengingatkan ku bahawa aku satu hari akan mati. Akan berjum...