Majlis Penganugerahan Sukan Sultan Pahang
Tanggal 27 Sep 2017, jam 8.00 malam.




Rakan saya mendapat jemputan ke Majlis Penganugerahan Sukan Sultan Pahang 2015/16 bertempat di Zenith Hotel, Kuantan di atas kejayaannya di Sukan Sea baru-baru ini. Kami bertolak daripada Kuala Lumpur pada pagi 26 September 2017 dan menginap di tempat penginapan yang telah disediakan.
Saya berasa berbangga kerana berpeluang untuk menemani beliau dan berpeluang untuk menghadiri majlis yang dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah iaitu sebagai pemangku kepada ayahanda baginda iaitu
Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
Ketibaan Baginda ke
Dewan Banquet,Zenith Hotel
Anugerah Majlis Sukan Pahang dimulakan dengan iringan bacaan doa dan juga ucapan pembesar-pembesar yang menghadiri majlis tersebut pada hari itu. Antara objektif utama majlis diadakan adalah bagi menghargai usaha para atlet daripada negeri Pahang.
Saya duduk di meja makan malam bersama beberapa orang jurulatih berperingkat antarabangsa, sempat saya menemuramah seroang jurulatih sukan memanah yang juga merupakan pemenang bagi Jurulatih Harapan pada malam itu. Tidak ketinggalan, saya juga ditemani oleh bapa rakan saya untuk bersama-sama meraikan kemenangan para atlet Pahang di atas kejayaan mereka pada Sukan Sea baru-baru ini.
Makan malam Majlis Penganugerahan Sukan Sultan Pahang
Majlis makan malam diadakan seiring dengan ucapan, pelbagai menu yang lazat telah dihidangkan. Saya berasa bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai pengalaman sebegitu. Tidak lupa juga kehadiran saya ke majlis tersebut adalah tiket di atas kejayaan rakan saya Mohamad Fazrul Azrie Mohdad yang berjaya merangkul pingat Perak pada Sukan Sea kategori sukan Angkat Berat.
Sesi bergambar bersama Datuk Bandar Pahang (tiga dari kiri) dan ahli keluarga serta rakan taulan.
Sebagai seorang teman dalam hidupnya, saya berasa berbangga dengan pencapaian beliau seiring dengan pengorbanan masa dan usaha yang telah diberikan. Bermula dengan sukan 'tidak dipandang' dari kampung kecil di Rompin. Beliau bangun membuktikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga bahawa meskipun beliau anak jagung dalam dunia akademik, beliau membuktikan dan ingin memberikan sebuah kenangan dan membalas jasa kepada ahli keluarganya bahawa dia juga boleh berjaya. Sebagai seorang teman, saya berharap beliau dapat mengekalkan momentum untuk bertanding pada Sukan Komanwel 2018 yang bakal diadakan di Gold Coast, Australia.
Merangkul Saguhati Sukan Sea dan Olahragawan Harapan Negeri Pahang.
Pengalaman keseluruhan saya berasa amat teruja dengan peningkatan arena sukan Malaysia sejak kebelakangan ini. Tidak lupa juga kepada Sukan Para Asean yang menyaksikan atlet daripada golongan "orang istimewa" yang menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan pada Sukan Para Asean 2017, Bukit Jalil.
Comments
Post a Comment