Posts

Showing posts from 2017

Malaysia United Run 2017 (MUR 17)

Image
Litar Antarabangsa Sepang menyaksikan acara Malaysia United Run 2017 yang diadakan dengan kolaborasi daripada pelbagai universiti dan kolej-kolej awam serta swasta. Lebih 40,000 peserta menyertai aktiviti kesukarelaan ini. Aktiviti dimulakan dengan sesi zumba untuk memanaskan badan dan seterusnya persembahan daripada artis terkenal Malaysia Altimet, Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah. Acara larian kemudian dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin dan turut disertai oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron. Peserta bersiap sedia sebelum acara berlangsung. Acara yang bertemakan 'Let's Light Up our Children's Future' ini bertujuan untuk mengumpul dana untuk disumbangkan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di negara ini. Menyertai Malaysians United Run 2017

Program Bakti Siswa

Image
Pada Ahad yang lalu, kumpulan Bakti Siswa 19 telah mengadakan Program Ukhwah Tanpa Sempadan bersama anak-anak orang asli Kg Sg Buah, Bangi Selangor. Bagiku ia merupakan pengalaman yang ping menarik. Saya bersama ahli kumpulan ditugaskan untuk menyusun atur aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama anak orang asal yang berumur 4-17 tahun. Beberapa AJK tugas khas telah disusun bagi memenuhi tentatif program. Pagi itu, kami memulakan sesi dengan sesi 'Ice breaking' dan juga sesi senaman ringan seperti zumba dan sukaneka.  Seterusnya, kami telah melaksanakan aktiviti pembelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Kami mengambil pendekatan dengan melakukan aktiviti permainan silang kata dan kuiz-kuiz pantas untuk menarik minat pelajar dan memastikan mereka tidak mengantuk sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Kami pelajar Bakti Siswa,UPM juga telah melakukan gotong royong bagi kawasan Kg Sg Buah dan sekitarnya. Penduduknya yang mesra dan ramah menjadikan tugas kami berjalan ...

Pengalaman di Melaka

Image
Setelah pulang dari Pagoh, aku dan rakan-rakanku mengambil kesempatan untuk singgah sebentar di Melaka Bandaraya Bersejarah.  Perjalanan kami bermula pada malam itu di mana kami bersiar-siar di Jonker Walk, Melaka. Bagiku, kadar tempat letak kereta amat berpatutan iaitu RM 5 sahaja jika dibandingkan dengan kawasan pelancongan lain mungkin ada yang lebih mahal. Jonker Walk menyediakan pelbagai jenis jualan daripada peniaga tempatan. Tidak ketinggalan juga pelbagai makanan menarik yang anda tidak akan jumpa di tempat lain. Sebagai contoh, buah kelapa yang dikupas tetapi masih kekal cantik bulat di dalam kantung isi kelapanya. Paling menarik, kuetiaw goreng yang mempunyai skill masakan dan memberikan rasa enaknya yang tersendiri. Keesokan harinya, kami singgah di Kapal Samudera tinggalan Portugis di Melaka. Pelbagai pengetahuan umum yang dapat dijana sewaktu melawat kapal ini. Antaranya adalah jenis-jenis kapal sewaktu zaman penjajahan dan juga nilai mata wang yang digunakan pada zama...

Menziarahi rakan di Pagoh

Image
Aku dikhabarkan berita gembira setelah pulang dari kelas. Rakanku selamat melahirkan puteri sulungnya. Kegembiraan yang menyelebungi menjadikan semangatku untuk menziarahi, Syafira di Pagoh berkobar-kobar   Puteri sulung, Nur Baizura Safiya. Sebagai seorang rakan, aku berasa begitu teruja dengan kelahiran puterinya. Naluri keibuan mencurah-curah. Sungguh aku rasa kasih terhadap permata-permata dunia ini.  Masaku mungkin akan tiba suatu hari nanti. Aku cuma perlu berdoa, agar diberikan kesihatan yang baik dan kehidupan yang sejahtera agar aku dapat merasakan pengalaman yang paling bermakna di dalam hidup. 

Ujian itu...

Image
UJIAN itu.. ibarat musim hujan..  kadang mendung sedang, kadang gelap. kadang gerimis, kadang hujan deras. kadang senyap hanya terdengar rintik hujan, kadang disertai petir menyambar.  Tapi percayalah , semua itu pasti akan REDA. Matahari akan kembali memberi cahaya dan kau akan damainya mencium bau tanah basah lalu kau berucap ..  ALHAMDULILLAH  Saat aku melangkahkan kaki ku ke sini. Harapan ku cuma satu, agar aku datang dengan harapan pulang dengan kejayaan. Aku cuba untuk menutup segala kisah silam ku , bukan untuk terus meninggalkan. Tetapi untuk aku memberi ruang kepada diri ku supaya menjadi insan yang lebih baik, insan yang menberi nilai kepada masyarakat. Sudah puas aku selongkar ranjau dosa dunia, sampai satu tahap aku sudah tidak rasa apa-apa. Tiada perasaan. Tiada takut. Tiada gentar. Namun, aku manusia. Bilamana hati ku diusik, dicubit dengan sedikit lafaz kata-kata Permata.   Kata-kata yang mengingatkan ku bahawa aku satu hari akan mati. Akan berjum...

Majlis Penganugerahan Sukan Sultan Pahang

Image
Tanggal 27 Sep 2017, jam 8.00 malam. Rakan saya mendapat jemputan ke Majlis Penganugerahan Sukan Sultan Pahang 2015/16 bertempat di Zenith Hotel, Kuantan di atas kejayaannya di Sukan Sea baru-baru ini. Kami bertolak daripada Kuala Lumpur pada pagi 26 September 2017 dan menginap di tempat penginapan yang telah disediakan. Saya berasa berbangga kerana berpeluang untuk menemani beliau dan berpeluang untuk menghadiri majlis yang dirasmikan oleh  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah  iaitu sebagai pemangku kepada ayahanda baginda iaitu  Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Ketibaan Baginda ke  Dewan Banquet,Zenith Hotel Anugerah Majlis Sukan Pahang dimulakan dengan iringan bacaan doa dan juga ucapan pembesar-pembesar yang menghadiri majlis tersebut pada hari itu. Antara objektif utama majlis diadakan adalah bagi menghargai usaha para atlet dar...

siapa MATAHARI di dalam dunia perisikan?

Image
Pada tanggal 15 Oktober 2017, genap 100 tahun Matahari ditembak mati oleh skuad penembak Perancis.  Matahari Matahari ini adalah kisah "Spy" talam dua muka ketika era Perang Dunia Pertama. Spy ni adalah seorang wanita yang biasa sahaja tetapi lama-kelamaan Matahari ini menjadi spy yang sangat jelita dan tangkas. Serba sedikit kisahnya. Matahari merupakan anak orang kaya dan semasa kecilnya memang hidup mewah. Nama sebenarnya ialah Margaretha Geertruida Zelle. Tetapi malangnya pada usia masih belasan tahun, bapanya jatuh bankrup. Keluarganya pula kemudiannya bercerai berai dan kehidupan Margaretha pun mula terabai. Tidak lama kemudian, ibunya pula meninggal dunia. Tinggallah Margaretha bersama keluarga pakciknya. Ketika meningkat remaja, Margaretha terbaca sebuah iklan di suratkhabar. Iklan dari seorang tentera Belanda yang berpangkat Kapten untuk beristeri dan akan mendapat peluang untuk ke Dutch East Indies (Indonesia).   Margaretha cukup tertarik bila ke nusantar...

Muat turun video dalam Android

Image
Pada zaman teknologi ini, ramai dalam kalangan kita gemar melayari video di dalam telefon pintar mereka. Penggunaan internet data selular dilihat sebagai suatu yang membebankan kerana ia melibatkan nilai kredit di dalam talian mereka. Media sosial no 1 dunia, Facebook yang telah digunakan oleh ramai pelayar laman sosial di dunia mempunyai akses untuk melayari video tetapi pengguna tidak dibenarkan untuk memuat turun video tersebut. Oleh itu, sebuah syarikat Linterna Apps telah membangunkan sebuah aplikasi yang di panggil Video Downloader for Facebook. Berikut adalah cara-cara penggunaan aplikasi tersebut. 1) Muat turun aplikasi di Google Play Store. Pastikan dihasilkan oleh Linterna Apps. 2) Setelah muat turun, anda perlu tunggu sehingga proses pemasangan atau 'installation' selesai. 3) Seterusnya klik 'open' pada aplikasi tersebut. 4) Kemudian, klik butang Browse for Facebook dengan memasukkan ID dan kata laluan Facebook anda. 5) Buat carian video yang anda ingin muat ...

Pengalaman di Rumah Pena

Image
Jam 6.30 petang. Hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari ini aku dan kumpulan akan mengikuti Lawatan ke Rumah Pena bagi kursus Penglahiran Bakat Kreatif. Teruja. itulah perkataan yang dapat digambarkan. Sebagai seorang yang bakal melalui dunia sastera di alam universiti. Bagiku ini adalah satu langkah yang bijak. Inisiatif yang utuh untuk menggilap sisi-sisi sastera dalam diriku. Pelajar Penglahiran Bakat  Kreatif didalam bas A. Bas meninggalkan kawasan UPM pada jam lebih kurang 6.30 petang. Kami seramai 80 orang hasil daripada gabungan pelajar kursus Novel dan Bakat Kreatif.  Sepanjang perjalanan, rakan-rakanku begitu teruja melihat pemandangan kota raya. Ada yang berasal dari Utara Malaysia , dan segenap pelusuk negara. Inilah peluang yang tidak dapat dilepaskan. Jam 7.30 petang kami semua sampai ke destinasi. Kunjungan kami disambut baik oleh pegawai-pegawai dari Rumah Pena. Kami difahamkan bahawa malam ini kami bakal dijamu dengan persembahan ''Malam Baca Puisi"  Para...

HatiπŸ–€

Image
Jam 10.30 pagi. 27 September 2017 Kuantan, Grand Ballroom Zenith Hotel.   Berada disini, jauh dari keluarga. Jauh dari 'radar' ku. Datang kesini berurusan. Tahniah kepada rakan ku, Fazrul Azrie Mohdad atas kemenangannya di Sukan Sea baru-baru ini. Justeru, layaklah segala penghargaan disebalik segala pengorbananmu. Aku sebagai seorang 'insan kecil' dalam hidupmu, aku berasa bangga meski aku tidak pernah meluahkannya dengan kata-kata. Aku terlalu memikir. Apakah yang akan terjadi selepas itu, selepas ini dan berterusan memikirkan perkara yang sepatutnya tak perlu aku fikirkan. Rasa sayang dan cinta itu hanya untuk Tuhan Yang Satu. Tetapi, kita manusia gemar berkasih-kasihan sehingga kadang kita alpa akan tanggungjawab sebenar kita di bumi Tuhan yang permai ini. Ya Tuhanku, ampunkan aku atas segala kealpaanku . Alpa ku sebagai hamba-Mu, alpa ku sebagai seorang anak kepada orang tua ku dan alpa ku sebagai seorang penuntut ilmu. Sesungguhnya aku lah hamba Mu yang tidak terl...

Lubuk Hati

Image
Selamat pagi. Salam ceria selalu. Semoga kita semua berada dalam lindungan-Nya. Pagi ini. Aku terbangun dari tidur. Terjaga dari lena. Kepenatan dek kerana hiburan malam minggu. Aku orang muda. Tak mengapa. Kau tua. Kau perlu berhenti. Ahh persetankan semua itu. Kerana jauh dalam lubuk hati kau, kau tahu. Kebenarannya bahawa Malaikat Maut itu tidak mengenal muda atau tua. Kalau dah sampai masa. Kau tinggal di alam barzakh sana. menghirup udara di Sungai Gabai. Pagi ini. Aku menghirup udara bilik di Kolej 12. Berseorangan. Tiada seorang pun di bilik ku. Mereka semua pulang ke kampung halaman. Bila aku sendiri. Aku sering terfikir. Apakah yang aku mahu dalam hidup. Mengapa aku terus lalai dengan perkara remeh dalam kehidupan. Jujur, aku rimas bila diriku terjerat dalam alam percintaan. Bagiku, masa itu sudah berlalu. Susah tidak ada zaman bagiku. Aku terlalu cintakan dunia universiti ku. Terlalu cintakan dunia pembelajaran ku. Terlalu cintakan keluargaku.  Tetapi sekelumit rasa cinta...

Pemandangan di Sekitar UPM

Image
Umum mengetahui bahawa Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah universiti hijau no.1 di Malaysia. Mempunyai pelbagai ladang ternakan, rumput yang hijau serta pokok-pokok yang tumbuh nan segar. Islam juga menganjurkan kepada umatnya supaya gemar melihat kehijauan. Hijau itu melambangkan ketenangan. Ketenangan yang hanya dapat diperoleh dari 'dalam' seseorang insan. Pelbagai kajian serta kerja lapangan yang telah dilakukan pihak universiti. Kajian-kajian ini menunjukkan UPM begitu aktif untuk membina semula dasar hijau di bumi modenisasi ini. Lantas, menjadikan seseorang yang berada di UPM merasakan dirinya seperti di kawasan gunung-ganang yang mempunyai banyak pokok-pokok. Itulah istimewanya UPM. Universiti hijau di dalam Kota besi bandaraya. Antara program yang telah dianjurkan adalah program penanaman pokok mangga ataupun kawasan 'UPM International Mango Groove'. Ia merupakan satu kawasan penyimpanan pelbagai varieti mangga di UPM. Penanaman pokok ini telah dijalankan o...

Majlis Pembukaan Sukan Para Asean 2017

Image
Bangga.   Itulah kata-kata yang dapat digambarkan sewaktu menghadiri sebuah majlis besar. Majlis kebanggaan Malaysia tercinta. Negaraku. Majlis Pembukaan Para Asean kali yang ke-9. Diadakan di Stadium ulung negara. Stadium Bukit Jalil pada tanggal 17 September 2017. Tahun 2017 juga menyaksikan Malaysia sebagai tuan rumah bagi negara-negara Asean yang lain beradu tenaga demi mengejar apa yang dipanggil Medal Emas.  Medal Emas bukan sebarang Emas. Disebalik Medal itu tersingkap sebuah kisah yang penuh dengan suka, tangis, dan pahit getir pejuang. Disebalik Medal itu juga tersingkap sebuah perasaan bangga, keyakinan dan semangat para atlet negara. Tiket masuk Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Para Asean kali ke-9 Acara pembukaan dimulakan dengan penuh gah. Pelbagai persembahan diadakan dan sesi pengenalan negara-negara yang terlibat. Kemunculan bunga api memecah keheningan malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sorakan para penonton menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil begitu meng...

Program Putra Success

Image
Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Salam Negaraku. Sehati Sejiwa. Hari ini tanggal 17.09.2017 telah berlangsungnya program Putra Success anjuran pusat kokurikulum UPM.  'Enjoy, Fun, and Full of Information' Itu yang boleh digambarkan semasa berlangsungnya program. Program dijalankan dengan penuh teratur. Tahniah kepada Dr. Farina kerana telah melunaskan tanggunggjawabnya dengan penuh jaya. bersama Dr Farina daripada Fakulti Veterinar Pelbagai aktiviti yang dijalankan. Kami bermula dengan aktiviti 'Ice breaking session', sesi pengenalan barisan utama UPM dan pelbagai aktiviti menarik yang dilakukan sepanjang hari bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Kumpulan 3 membuat pembentangan mengenai negara Jepun. Aktiviti pada waktu pagi bermula dengan sesi 'Ice breaking'. Kemudian, kumpulan dipecahkan berdasarkan bulan kelahiran masing-masing. Kumpulan kemudian diminta untuk melakarkan sebuah lukisan yang menjadi simbolik kepada negara mana di dunia ini yang in...

Tentangku πŸ’•

Nama diberi Farah Nazira binti Ramli. Tanggal 1 Julai 1995 terdengar tangisan rengekan anak kecil perempuan di Hospital Bersalin Dr. Damo,Klang. Bergenang airmata kegembiraan Puan Husnah dan Encik Ramli menyambut kedatangan satu-satunya anak perempuan mereka. Farah Nazira dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh orang tua nya. Almaklumlah cuma satu-satunya permata hati mereka yang berjaya sampai ke dunia. Tiga yang lain, disahkan kandungan luar rahim. Namun, siapalah kita untuk menghukum. Kerana, itu semua kerja yang di-Atas. ya, Dia yang Satu. Kita sebagai hamba yang hina cuma mampu merancang tetapi Dia yang menentukan. Mendapat pendidikan awal di Tadika Wise Wiz, Kuala Selangor. Sebuah tadika yang mempunyai banyak warna. Gurunya yang begitu berdedikasi membuatkan pelajar bersemangat untuk datang ke memuntut ilmu. Kemudahannya yang pelbagai menjadikan tadika yang sangat selesa untuk menuntut ilmu. Setelah mengenal apa itu A,B,C. Aku meneruskan tuntutan ilmu di Sekolah...