Ujian itu...
UJIAN itu..

ibarat musim hujan..
kadang mendung sedang, kadang gelap. kadang gerimis, kadang hujan deras.
kadang senyap hanya terdengar rintik hujan, kadang disertai petir menyambar.
Tapi percayalah , semua itu pasti akan REDA. Matahari akan kembali memberi cahaya dan kau akan damainya mencium bau tanah basah lalu kau berucap .. ALHAMDULILLAH
Saat aku melangkahkan kaki ku ke sini. Harapan ku cuma satu, agar aku datang dengan harapan pulang dengan kejayaan. Aku cuba untuk menutup segala kisah silam ku , bukan untuk terus meninggalkan. Tetapi untuk aku memberi ruang kepada diri ku supaya menjadi insan yang lebih baik, insan yang menberi nilai kepada masyarakat. Sudah puas aku selongkar ranjau dosa dunia, sampai satu tahap aku sudah tidak rasa apa-apa. Tiada perasaan. Tiada takut. Tiada gentar.
Namun, aku manusia. Bilamana hati ku diusik, dicubit dengan sedikit lafaz kata-kata Permata. Kata-kata yang mengingatkan ku bahawa aku satu hari akan mati. Akan berjumpa dengan Sang Pencipta. Aku menangis, terduduk. Aku manusia biasa, tiada apa-apa. Segala di dunia ini hanya pinjaman , segala di depan mata ku, di sekitar ku itu semua hanya pinjaman. Semua itu adalah pinjaman . Ya Allah , betapa aku benar benar leka. Pun begitu, dalam pelbagai pinjaman, pinjaman yang paling berharga adalah kedua orang tua ku. Harusku banggakan mereka, harusku jaga hati mereka. Agar luka yang lama tidak berdarah kembali. Aku berharap agar aku disini dapat mengubah nasib ku . Aku berdoa agar hatiku terus kuat , cekal menghadapi ujian yang datang kepada ku. Kerana niat ku cuma satu, ingin membuat kedua ibu bapa ku tersenyum bangga.
Comments
Post a Comment