siapa MATAHARI di dalam dunia perisikan?
Pada tanggal 15 Oktober 2017, genap 100 tahun Matahari ditembak mati oleh skuad penembak Perancis.
Matahari
Matahari ini adalah kisah "Spy" talam dua muka ketika era Perang Dunia Pertama. Spy ni adalah seorang wanita yang biasa sahaja tetapi lama-kelamaan Matahari ini menjadi spy yang sangat jelita dan tangkas. Serba sedikit kisahnya. Matahari merupakan anak orang kaya dan semasa kecilnya memang hidup mewah. Nama sebenarnya ialah Margaretha Geertruida Zelle. Tetapi malangnya pada usia masih belasan tahun, bapanya jatuh bankrup. Keluarganya pula kemudiannya bercerai berai dan kehidupan Margaretha pun mula terabai. Tidak lama kemudian, ibunya pula meninggal dunia. Tinggallah Margaretha bersama keluarga pakciknya. Ketika meningkat remaja, Margaretha terbaca sebuah iklan di suratkhabar. Iklan dari seorang tentera Belanda yang berpangkat Kapten untuk beristeri dan akan mendapat peluang untuk ke Dutch East Indies (Indonesia).
Margaretha cukup tertarik bila ke nusantara itu. Walaupun kapten itu lebih tua berbanding dirinya, Margaretha tetap juga dengan keputusannya untuk berkahwin. Maka berkahwinlah akhirnya Margaretha dengan kapten itu dan berpindah ke Dutch East Indies iaitu di Pulau Jawa. Pada awalnya seronoklah tetapi hakikatnya suami Margaretha ini kaki perempuan dan mempunyai beberapa perempuan simpanan warga tempatan di Dutch East Indies ni. Walaupun Margaretha cukup menyampah dengan suami tuanya itu, mereka mempunyai 2 orang anak lelaki dan perempuan. Untuk menghilang stress dan rasa bosannya, Margaretha memasuki kelas tarian Jawa dan Bali, Lama kelamaan, Margaretha menjadi mahir dalam tarian eksotik Jawa dan Bali ini. Dari situlah, Margaretha mendapat nama nusantaranya iaitu Matahari.
Tidak lama kemudian Matahari (Margaretha) sekeluarga kembali ke Belanda. Baru beberapa ketika di Belanda, mereka pun bercerai. Satu-satunya anak perempuannya (anak lelakinya mati semasa kecil) yang ada di jaga oleh bekas suaminya. Bila dah bercerai, Matahari membawa diri ke Paris dan di sana Matahari mula menceburi dunia modeling dan tarian eksotik. Namanya mula gah dan orang kenamaan mula menghampiri Matahari termasuk pembesar tentera beberapa negara. Dan boleh dikatakan pada awal abad ke20, Matahari inilah penari eksotik yang paling mashyur di barat. Boleh dikatakan, Matahari terkenal dengan semua pegawai tentera yang jalang termasuk dari Jerman, Austria yang kemudiannya menjadi musuh Perancis. Bila masuk sahaja era Perang Dunia Pertama (1914-1918), Matahari kembali semula ke Belanda. Disebabkan Belanda masih neutral, Matahari tidak menghadapi masalah keluar masuk ke mana-mana negara di eropah. Tambahan pula, Matahari ketika ini cukup dikenali. Pihak Perancislah yang mula menggunakan Matahari sebagai 'spy' untuk mengintip tindak tanduk Jerman.
Matahari boleh berdamping dengan high ranking military officers dan pelbagai input yang boleh didapati. Segala informasi diserahkan kepada pihak perisik Perancis.Bertahun juga badan perisik Perancis mendapat kod rahsia dari Matahari. Tetapi mereka tidak tahu, sebenarnya pihak Jerman juga mendapat pelbagai maklumat perihal ketenteraan Perancis dari Matahari. Kedua dua pihak dipermainkan oleh Matahari dan Matahari mendapat sejumlah bayaran yang lumayan dari kedua2nya. Sambil menari eksotik, Matahari ketawa gembira.
Namun, hujan tak sampai ke petang. Pada Januari 1917, pihak berikat intercept satu radio transmitted message, pihak perisik Perancis telah mendapat satu kod H-21 yang menghantar maklumat untuk pihak Jerman. Setelah diselidiki kod H-21 ialah MATAHARI. Tersentak para pegawai Perancis. Wanita dambaan mereka sebenarnya adalah musuh dalam selimut.
Pada 13 Februari 1917, Matahari ditangkap di Hotel Plaza AthΓ©nΓ©e di Paris. Setelah itu, Matahari dijatuhi hukuman tembak sampai mati. Peristiwa ni berlaku pada 15 Oktober 1917. Umurnya pada ketika itu ialah 41 tahun. Matahari menolak untuk memakai kain penutup mata dan sebelum diikat, Matahari sempat menghembuskan "Love sign" dari tapak tangannya ke arah skuad penembak Perancis. Namun kebelakangan ini, pakar sejarah was-was untuk mengatakan bahawa Matahari adalah perisik talam dua muka. Sejarawan menyatakan mungkin Matahari hanya sebagai kambing hitam bagi pihak Perancis dan mereka masih lagi cuba membongkar lagi fakta untuk mencari kebenaran.
Gambar - Margaretha Geertruida Zelle aka Matahari.
Mohd.Aznam bin Abdul Rahman.
Comments
Post a Comment