Muat turun video dalam Android
Pada zaman teknologi ini, ramai dalam kalangan kita gemar melayari video di dalam telefon pintar mereka. Penggunaan internet data selular dilihat sebagai suatu yang membebankan kerana ia melibatkan nilai kredit di dalam talian mereka.

Media sosial no 1 dunia, Facebook yang telah digunakan oleh ramai pelayar laman sosial di dunia mempunyai akses untuk melayari video tetapi pengguna tidak dibenarkan untuk memuat turun video tersebut.
Oleh itu, sebuah syarikat Linterna Apps telah membangunkan sebuah aplikasi yang di panggil Video Downloader for Facebook. Berikut adalah cara-cara penggunaan aplikasi tersebut.
1) Muat turun aplikasi di Google Play Store. Pastikan dihasilkan oleh Linterna Apps.
2) Setelah muat turun, anda perlu tunggu sehingga proses pemasangan atau 'installation' selesai.
3) Seterusnya klik 'open' pada aplikasi tersebut.
4) Kemudian, klik butang Browse for Facebook dengan memasukkan ID dan kata laluan Facebook anda.
5) Buat carian video yang anda ingin muat turun dan klik pada video tersebut.
6) Satu menu pop-up akan dipaparkan dan klik butang download.
7) Proses muat turun video akan berjalan dan anda perlu tunggu sehingga ia selesai.
8) Video tersebut akan disimpan di dalam storan telefon Android anda.
Diharap entri kali ini dapat membantu kita dalam memaksimakan penggunaan teknologi seharian dalam hidup kita. Selamat mencuba 😊
Comments
Post a Comment