Pengalaman di Melaka

Setelah pulang dari Pagoh, aku dan rakan-rakanku mengambil kesempatan untuk singgah sebentar di Melaka Bandaraya Bersejarah. 

Perjalanan kami bermula pada malam itu di mana kami bersiar-siar di Jonker Walk, Melaka. Bagiku, kadar tempat letak kereta amat berpatutan iaitu RM 5 sahaja jika dibandingkan dengan kawasan pelancongan lain mungkin ada yang lebih mahal.

Jonker Walk menyediakan pelbagai jenis jualan daripada peniaga tempatan. Tidak ketinggalan juga pelbagai makanan menarik yang anda tidak akan jumpa di tempat lain. Sebagai contoh, buah kelapa yang dikupas tetapi masih kekal cantik bulat di dalam kantung isi kelapanya. Paling menarik, kuetiaw goreng yang mempunyai skill masakan dan memberikan rasa enaknya yang tersendiri.

Keesokan harinya, kami singgah di Kapal Samudera tinggalan Portugis di Melaka. Pelbagai pengetahuan umum yang dapat dijana sewaktu melawat kapal ini. Antaranya adalah jenis-jenis kapal sewaktu zaman penjajahan dan juga nilai mata wang yang digunakan pada zaman tersebut.


Mata wang yang digunakan sewaktu zaman penjajahan.

Kami juga sempat melawat di kawasan St. Stadhyus Melaka, Jam Besar, Muzium dan pelbagai lagi tempat yang menarik di Melaka.


Bazar Samudera, Melaka.

Sebelum pulang, kami menikmati Kuih Keria Antarabangsa dan Coconut Shake di Pantai Klebang. Pengalaman keseluruhan adalah Melaka merupakan sebuah tempat pelancongan yang perlu dikunjungi oleh semua rakyat Malaysia demi menyokong wawasan membangunkan sub-pelancongan di negara kita.

Comments

Popular posts from this blog

siapa MATAHARI di dalam dunia perisikan?

Program Bakti Siswa

Pengalaman di Rumah Pena