Pengalaman di Rumah Pena
Jam 6.30 petang.




Hari Jumaat, penghulu segala hari.
Hari ini aku dan kumpulan akan mengikuti Lawatan ke Rumah Pena bagi kursus Penglahiran Bakat Kreatif.
Teruja.
itulah perkataan yang dapat digambarkan. Sebagai seorang yang bakal melalui dunia sastera di alam universiti. Bagiku ini adalah satu langkah yang bijak. Inisiatif yang utuh untuk menggilap sisi-sisi sastera dalam diriku.
Pelajar Penglahiran Bakat
Kreatif didalam bas A.
Bas meninggalkan kawasan UPM pada jam lebih kurang 6.30 petang. Kami seramai 80 orang hasil daripada gabungan pelajar kursus Novel dan Bakat Kreatif.
Sepanjang perjalanan, rakan-rakanku begitu teruja melihat pemandangan kota raya. Ada yang berasal dari Utara Malaysia , dan segenap pelusuk negara. Inilah peluang yang tidak dapat dilepaskan.
Jam 7.30 petang kami semua sampai ke destinasi. Kunjungan kami disambut baik oleh pegawai-pegawai dari Rumah Pena. Kami difahamkan bahawa malam ini kami bakal dijamu dengan persembahan ''Malam Baca Puisi"
Para pelajar sewaktu kedatangan ke Rumah Pena.
Kami dibenarkan untuk melihat-lihat buku dan khazanah yang berada di Rumah Pena. Melihat strukturnya sahaja sudah membuatkan aku terpegun dengan nilai 'Asli' nya. Sungguh bersifat tradisional, nilai harta yang dipelihara sehingga kini.
Struktur Rumah Pena.
Sebaik sahaja kaki ku melangkah masuk, ak lu melihat banyak foto-foto bergantung di dinding. Dalamannya sungguh kemas dan teratur. Di bingkai tersebut dapat ku lihat wajah-wajah mereka yang telah memberi sumbangan besar kepada dunia sastera.
Antara foto yang berjaya diambil.
Pada sesi malam selepas menunaikan solat maghrib, kami semua dijamu dengan makanan di tempat yang disediakan. Angin yang redup menjadikan kami begitu selesa
Comments
Post a Comment