Program Bakti Siswa
Pada Ahad yang lalu, kumpulan Bakti Siswa 19 telah mengadakan Program Ukhwah Tanpa Sempadan bersama anak-anak orang asli Kg Sg Buah, Bangi Selangor.


Bagiku ia merupakan pengalaman yang ping menarik. Saya bersama ahli kumpulan ditugaskan untuk menyusun atur aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama anak orang asal yang berumur 4-17 tahun.
Beberapa AJK tugas khas telah disusun bagi memenuhi tentatif program. Pagi itu, kami memulakan sesi dengan sesi 'Ice breaking' dan juga sesi senaman ringan seperti zumba dan sukaneka.
Seterusnya, kami telah melaksanakan aktiviti pembelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Kami mengambil pendekatan dengan melakukan aktiviti permainan silang kata dan kuiz-kuiz pantas untuk menarik minat pelajar dan memastikan mereka tidak mengantuk sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.
Kami pelajar Bakti Siswa,UPM juga telah melakukan gotong royong bagi kawasan Kg Sg Buah dan sekitarnya. Penduduknya yang mesra dan ramah menjadikan tugas kami berjalan dengan lancar.
Selain itu, kami juga telah melakarkan mural di kawasan dewan kecil Kg Sg Buah sebagai tanda ingatan bahawa kami pernah menjejakkan kaki di kampung yang cantik itu.
Sesi melukis mural.
Program ini telah dijalankan selama 2 hari, iaitu pada 19&26 November 2017. Sepanjang program kami berlangsung, kami juga mendapat kerjasama yang baik daripada En Khairul iaitu NGO Kelas Kasih yang telah ditugaskan khas untuk menjaga prestasi anak-anak orang asal di Kg Sg Buah,Bangi.
Bakti Siswa K19 dan anak-anak orang asal Kg Sg Buah, Bangi.
Saya berasa amat berbangga dengan prestasi keseluruhan kumpulan kami. Aktiviti seperti ini telah memupuk semangat kerjasama dalam diri saya dan dapat mengikat silaturrahim sesama pelajar UPM serta masyarakat luar. Selain itu, saya berasa berbangga dengan prestasi anak-anak di sini juga kerana mereka amat mudah bergaul dan memberi respon yang sangat baik sepanjang program berlangsung. Saya berharap agar selepas ini saya diberi peluang dan kesempatan untuk berinteraksi dan melakukan pelbagai aktiviti bersama mereka lagi.
Comments
Post a Comment