Hati🖤
Jam 10.30 pagi.

27 September 2017
Kuantan, Grand Ballroom Zenith Hotel.
Berada disini, jauh dari keluarga. Jauh dari 'radar' ku. Datang kesini berurusan.
Tahniah kepada rakan ku, Fazrul Azrie Mohdad atas kemenangannya di Sukan Sea baru-baru ini. Justeru, layaklah segala penghargaan disebalik segala pengorbananmu.
Aku sebagai seorang 'insan kecil' dalam hidupmu, aku berasa bangga meski aku tidak pernah meluahkannya dengan kata-kata.
Aku terlalu memikir. Apakah yang akan terjadi selepas itu, selepas ini dan berterusan memikirkan perkara yang sepatutnya tak perlu aku fikirkan.
Rasa sayang dan cinta itu hanya untuk Tuhan Yang Satu. Tetapi, kita manusia gemar berkasih-kasihan sehingga kadang kita alpa akan tanggungjawab sebenar kita di bumi Tuhan yang permai ini.
Ya Tuhanku, ampunkan aku atas segala kealpaanku . Alpa ku sebagai hamba-Mu, alpa ku sebagai seorang anak kepada orang tua ku dan alpa ku sebagai seorang penuntut ilmu.
Sesungguhnya aku lah hamba Mu yang tidak terlepas dalam melakukan perkara yang melampaui batas.
Sesungguhnya, Engkau lah pengampun dosa dosa besar.
Comments
Post a Comment