Majlis Pembukaan Sukan Para Asean 2017

Bangga.
 
Itulah kata-kata yang dapat digambarkan sewaktu menghadiri sebuah majlis besar. Majlis kebanggaan Malaysia tercinta. Negaraku. Majlis Pembukaan Para Asean kali yang ke-9. Diadakan di Stadium ulung negara. Stadium Bukit Jalil pada tanggal 17 September 2017. Tahun 2017 juga menyaksikan Malaysia sebagai tuan rumah bagi negara-negara Asean yang lain beradu tenaga demi mengejar apa yang dipanggil Medal Emas. 

Medal Emas bukan sebarang Emas. Disebalik Medal itu tersingkap sebuah kisah yang penuh dengan suka, tangis, dan pahit getir pejuang. Disebalik Medal itu juga tersingkap sebuah perasaan bangga, keyakinan dan semangat para atlet negara.


Tiket masuk Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Para Asean kali ke-9

Acara pembukaan dimulakan dengan penuh gah. Pelbagai persembahan diadakan dan sesi pengenalan negara-negara yang terlibat. Kemunculan bunga api memecah keheningan malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sorakan para penonton menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil begitu mengujakan. 


Sesi pengenalan negara Asean yang terlibat.

Mengulas tentang Sukan Para Asean, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah memberikan ucapan dan kata-kata semangat yang cukup berazam tinggi.

"Saya percaya dan yakin jika mendapat sokongan padu penyokong, kita boleh memberi saingan kepada Indonesia dan Thailand. Semangat atlet berkobar-kobar sejak bertemu mereka beberapa hari lalu sehingga kini. Saya percaya sokongan akan memberi suntikan semangat kepada mereka"
(Harian Metro, 15  Sep 2017)

Comments

Popular posts from this blog

siapa MATAHARI di dalam dunia perisikan?

Program Bakti Siswa

Pengalaman di Rumah Pena