Lubuk Hati
Selamat pagi.

Salam ceria selalu.
Semoga kita semua berada dalam lindungan-Nya.
Pagi ini.
Aku terbangun dari tidur. Terjaga dari lena. Kepenatan dek kerana hiburan malam minggu. Aku orang muda. Tak mengapa.
Kau tua. Kau perlu berhenti.
Ahh persetankan semua itu.
Kerana jauh dalam lubuk hati kau, kau tahu.
Kebenarannya bahawa Malaikat Maut itu tidak mengenal muda atau tua.
Kalau dah sampai masa. Kau tinggal di alam barzakh sana.
menghirup udara di Sungai Gabai.
Pagi ini.
Aku menghirup udara bilik di Kolej 12. Berseorangan. Tiada seorang pun di bilik ku. Mereka semua pulang ke kampung halaman.
Bila aku sendiri. Aku sering terfikir. Apakah yang aku mahu dalam hidup. Mengapa aku terus lalai dengan perkara remeh dalam kehidupan.
Jujur, aku rimas bila diriku terjerat dalam alam percintaan. Bagiku, masa itu sudah berlalu. Susah tidak ada zaman bagiku.
Aku terlalu cintakan dunia universiti ku. Terlalu cintakan dunia pembelajaran ku. Terlalu cintakan keluargaku.
Tetapi sekelumit rasa cinta untuk berpasangan. Hatiku sudah keras. Sudah jadi batu. Aku BOSAN.
Namun, keluarga ku terlalu ingin melihat anaknya 'Selamat'. Maklumlah, aku ini tunggal. Abah sudah menjangkau ke usia emas. Terlalu ingin melihat anaknya berada dipersandingan.
Tetapi, aku percaya dan aku menuruti setiap apa yang berlaku pastu ada hikmahnya. Setiap susunan yang Satu itu adalah nikmat. Ujian. Orang yang mahu berjaya dia harus berani menghadapi ujian.
Akhir kalam,
Aku doakan agar kalian berada dalam lindungan-Nya.
Comments
Post a Comment