Program Putra Success
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Salam Negaraku.
Sehati Sejiwa.
Hari ini tanggal 17.09.2017 telah berlangsungnya program Putra Success anjuran pusat kokurikulum UPM.




Salam Sejahtera.
Salam Negaraku.
Sehati Sejiwa.
Hari ini tanggal 17.09.2017 telah berlangsungnya program Putra Success anjuran pusat kokurikulum UPM.
'Enjoy, Fun, and Full of Information'
Itu yang boleh digambarkan semasa berlangsungnya program. Program dijalankan dengan penuh teratur. Tahniah kepada Dr. Farina kerana telah melunaskan tanggunggjawabnya dengan penuh jaya.
bersama Dr Farina daripada Fakulti Veterinar
Pelbagai aktiviti yang dijalankan. Kami bermula dengan aktiviti 'Ice breaking session', sesi pengenalan barisan utama UPM dan pelbagai aktiviti menarik yang dilakukan sepanjang hari bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Kumpulan 3 membuat pembentangan mengenai negara Jepun.
Aktiviti pada waktu pagi bermula dengan sesi 'Ice breaking'. Kemudian, kumpulan dipecahkan berdasarkan bulan kelahiran masing-masing. Kumpulan kemudian diminta untuk melakarkan sebuah lukisan yang menjadi simbolik kepada negara mana di dunia ini yang ingin mereka lawati. Syaratnya, mereka dilarang mengumumkan kepada audiens nama negara itu malah audiens harus meneka negara apa yang telah mereka lakarkan.
Sewaktu aktiviti dijalankan, aku dapat melihat pelbagai jenis ragam rakan-rakan sekumpulan. Mujur, syukur kepada Tuhan kerana aku dapat bekerjasama dengan mereka yang tahu etika menuntut ilmu.
Kumpulan 2, kumpulan kebanggaanku.
Kumpulanku unik, mereka datang daripada pelbagai latar belakang berbeza, ada yang dari utara Malaysia, Pantai timur, orang Selatan tanah air tak lupa juga orang pantai Barat seperti Selangor. Walau begitu kami sepakat, sepadu dalam mencapai sebulat suara di dalam semua aktiviti yang dijalankan.
Kegembiraan selepas melalui hari yang panjang.
Justeru, setelah melakukan pelbagai aktiviti pada hari tersebut. Kami pulang pada jam 5.00 petang. Aku mengucapkan terima kasih kepada Dr. Farina. Bagiku ianya pengalaman manis yang sentiasa mekar di dalam memoriku.
Pengajaran yang dapat aku peroleh adalah aku harus tahu bahawa kerjasama dalam sesuatu kumpulan adalah amat penting dalam memastikan keutuhan tapak sesebuah organisasi.
Comments
Post a Comment