Pemandangan di Sekitar UPM
Umum mengetahui bahawa Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah universiti hijau no.1 di Malaysia. Mempunyai pelbagai ladang ternakan, rumput yang hijau serta pokok-pokok yang tumbuh nan segar.

Islam juga menganjurkan kepada umatnya supaya gemar melihat kehijauan. Hijau itu melambangkan ketenangan. Ketenangan yang hanya dapat diperoleh dari 'dalam' seseorang insan.
Pelbagai kajian serta kerja lapangan yang telah dilakukan pihak universiti. Kajian-kajian ini menunjukkan UPM begitu aktif untuk membina semula dasar hijau di bumi modenisasi ini. Lantas, menjadikan seseorang yang berada di UPM merasakan dirinya seperti di kawasan gunung-ganang yang mempunyai banyak pokok-pokok. Itulah istimewanya UPM. Universiti hijau di dalam Kota besi bandaraya.
Antara program yang telah dianjurkan adalah program penanaman pokok mangga ataupun kawasan 'UPM International Mango Groove'. Ia merupakan satu kawasan penyimpanan pelbagai varieti mangga di UPM. Penanaman pokok ini telah dijalankan oleh beberapa pelajar dan juga duta daripada negara luar. Antara jenis klon mangga yang terdapat di sini adalah Alimali, Apple (B), Apple (K), Bahagia, Bombay Green, Chok Anan dan lain lain.
Bergambar di hadapan kawasan 'UPM International Mango Groove'
Kesimpulan yang dapat saya huraikan adalah UPM mempunyai satu langkah yang komited dan jelas untuk mengekalkan spesimen-spesimen alam semulajadi yang ada. Usaha yang berterusan diperlukan dalam membina sebuah universiti yang hijau dan aman makmur.
Comments
Post a Comment