Tentangku π
Nama diberi Farah Nazira binti Ramli. Tanggal 1 Julai 1995 terdengar tangisan rengekan anak kecil perempuan di Hospital Bersalin Dr. Damo,Klang. Bergenang airmata kegembiraan Puan Husnah dan Encik Ramli menyambut kedatangan satu-satunya anak perempuan mereka.
Farah Nazira dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh orang tua nya. Almaklumlah cuma satu-satunya permata hati mereka yang berjaya sampai ke dunia. Tiga yang lain, disahkan kandungan luar rahim. Namun, siapalah kita untuk menghukum. Kerana, itu semua kerja yang di-Atas. ya, Dia yang Satu. Kita sebagai hamba yang hina cuma mampu merancang tetapi Dia yang menentukan.
Mendapat pendidikan awal di Tadika Wise Wiz, Kuala Selangor. Sebuah tadika yang mempunyai banyak warna. Gurunya yang begitu berdedikasi membuatkan pelajar bersemangat untuk datang ke memuntut ilmu. Kemudahannya yang pelbagai menjadikan tadika yang sangat selesa untuk menuntut ilmu.
Setelah mengenal apa itu A,B,C. Aku meneruskan tuntutan ilmu di Sekolah Kebangsaan Assam Jawa sehingga UPSR. Alhamdulillah, dengan keputusan 4A dapat menempatkan diri di SMK(A) Kuala Selangor. Sebuah sekolah yang julung-julungya di daerah Kuala Selangor. Namun, semasa tingkatan 2 aku berpindah mengikut keluarga dan menyambung pengajian di SMK Seri Tanjong. Keputusan SPM 8A menjadikan aku layak ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim,Perak. Di UPSI aku mengikuti program Diploma Bahasa Inggeris selama 2 tahun.
Tamat pengajianku di UPSI, aku meneruskan kehidupanku sebagai Tutor di sebuah kolej swasta di ibu kota. Aku berasa seronok, bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan yang telah diberikan kepadaku. Aku sedar bahawa aku dilahirkan di muka bumi ini bersebab. Dan sebabnya adalah aku harus menjadi khalifah. Menjadi khalifah, pembimbing kepada umat manusia yang lain. Supaya aku tidak hilang punca. Supaya aku sedar bahawa tanggungjawab ku sebagai hambaNya yang hina untuk sentiasa taat dengan segala suruhanNya.
nice post. visit my blog ;)
ReplyDeleteThankyou for your compliment. will visit your blog as soon as possible
Delete